PELAKON veteran Tippi Hedren merasakan cucunya, aktres Dakota Johnson akan kahwin lari seperti mana yang pernah dilakukan dia dahulu dengan suaminya, Peter Griffith. Tippi yang juga ibu kepada pelakon terkenal Melanie Griffith dalam satu temubual memberitahu dia tidak terkejut sekiranya Dakota bertindak sedemikian kerana ia seperti satu tradisi dalam keluarganya. "Bukan saya sahaja yang berkahwin lari tetapi Melanie (ibu Dakota) juga melakukan perkara sama, jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan jika cucu saya buat perkara yang sama. "Saya teringat ketika Melanie kahwin lari dengan bekas suaminya, Don dan saya hanya mengetahuinya menerusi panggilan telefon dan saya menangis kerana tidak merestui hubungan itu," katanya. Dalam pada itu, Dakota dalam satu temubual pula berkata, ada kemungkinan dia akan berkahwin secara rahsia seperti mana dilakukan oleh nenek dan ibunya sebelum ini. "Saya harus teruskan tradisi ini dan jika perkahwinan itu tidak menjadi, saya akan lakukannya sekali lagi secara rahsia," katanya.