DRAMA bersiri terbaharu berjudul The Legend of the Blue Sea bakal menjadi fenomena selepas dua episod pertamanya berjaya memecah rekod. Allkpop melaporkan ia mendapat rating sebanyak 16.4 peratus menerusi laporan Nielsen Korea, sekali gus memecah rekod dipegang drama Descendants of the Sun (DOTS) iaitu 14 peratus ketika dua episod pertamanya disiarkan pada awal tahun ini. Dilakonkan oleh Lee Min Ho dan Jun Ji Hyun, ratingThe Legend of the Blue Sea dijangka akan terus meningkat selepas ia turut mendapat ulasan baik daripada penonton. Drama yang mengangkat kisah percintaan fantasi itu mengisahkan mengenai seorang lelaki kaya secara kebetulan bertemu dengan duyung dan menyelamatkannya sebelum timbul beberapa konflik. Sementara itu, drama lain seperti Oh My Geum Bi dan Weightlifting Fairy Kim Bok Joo pula masing-masing mendapat 5.9 peratus dan 3.3 peratus perkongsian penonton dalam tempoh sama.