suria

T.O.P (Big Bang) Jalani Latihan Tentera Februari Depan

T.O.P bakal menjalani latihan tentera bermula 9 Februari tahun hadapan.
AHLI kumpulan Big Bang iaitu T.O.P telah menerima surat rasmi berhubung tarikh dia bakal memulakan latihan ketenteraan.

Soompi melaporkan T.O.P akan memulakan latihannya pada 9 Februari 2017 seperti disenaraikan menerusi laman web rasmi Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan.

T.O.P. akan ditugaskan sebagai polis dan akan menjalani latihan di pusat latihan ketenteraan di Nonsan.

Dia akan menjalani latihan selama empat minggu bersama pelatih lain sebelum mendapatkan latihan sebagai polis di Agensi Polis Metropolitan Seoul.

Sementara itu, ahli kumpulan JYJ, Kim Junsu juga dilaporkan bakal menjalani latihan ketenteraan pada hari sama dengan T.O.P.

T.O.P, Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain