Allkpop melaporkan majlis berkenaan sebenarnya diadakan bagi mengutip dana untuk sebuah organisasi untuk membantu pesakit HIV dan AIDS.
Peminat hanya perlu menderma AS$10 dan berpeluang untuk menikmati makan malam bersama G-Dragon dan ia bukan sahaja terbuka kepada peminat di Korea Selatan tetapi seluruh dunia.
"G-Dragon sangat teruja dengan kempen ini kerana ia dpat membantu pesakit-pesakit HIV dan AIDS selain memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dengannya.
"Peminat bukan sahaja dapat bertemu dengannya malah segala kos perbelanjaan ditanggung oleh pihak penganjur," kata wakil oraganisasi itu.