suria

Dylan O'Brien Kembali Berlakon Selepas 9 Bulan Cuti Sakit

SELEPAS berehat hampir sembilan bulan kerana mengalami kecederaan, Dylan O'Brien ini kembali menjalani penggambaran filem baharunya berjudul American Assassin.

Seperti dipetik Justjaredjr, O'Brien kelihatan sihat dan bertenaga dalam membawakan karekternya sebagai Mitch Rapp.

Aktor berusia 25 tahun itu membawa karekter sebagai seorang mahasiswa yang menyertai pasukan elit rahsia untuk memburu pengganas.

Filem ini bakal ditayangkan pada tahun hadapan dan dibintangi oleh Michael Keaton, Sanaa Lathan dan Taylor Kitsch.
Dylan

Artikel Berikut

Artikel Lain