suria

Steven Seagal Terima Kerakyatan Rusia

President Rusia, Vladimir Putin bersalaman dengan aktor Steven Seagal.
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menyerahkan pasport Rusia kepada aktor Hollywood Steven Seagal pada Jumaat dalam sebuah majlis di Kremlin.

Pelakon berasal dari Amerika Syarikat itu turut menandatangi pasport baharu di hadapan Putin.

Putin berkata, ia sebagai simbol pemulihan hubungan dingin antara Moscow dan Washington.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda dan berharap ia menjadi satu isyarat pemulihan hubungan yang beransur-ansur pulih," ujarnya.

Putin merupakan peminat seni mempertahankan diri yang sering dibawakan oleh Seagal dalam setiap aksi filem lakonannya di Hollywood.

Selama lebih sepuluh tahun, Seagal menjadi pengunjung tetap negara itu. Filem-filemnya seperti Under Siege dan Sniper: Special Ops menjadi filem kegemaran rakyat Rusia.

Seagal merupakan selebriti terbaharu yang mendapat kerakyatan Rusia selepas pelakon Perancis Gerard Depardieu pada 2013.

Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, hubungan antara Rusia dan Washington terjejas ke tahap paling teruk akibat konflik bersenjata di Ukraine dan Syria.

Steven Seagal

Artikel Lain