KUMPULAN DIA yang menceburi bidang seni pada 2015 bersedia untuk mengadakan konsert pada 24 dan 25 Disember ini. DIA yang dianggotai tujuh ahli itu turut akan melancarkan kelab peminat mereka pada satu sesi ketika konsert itu berlangsung. Poster konsert tersebut sudah pun dilancarkan dengan konsep berwarna merah sempena sambutan perayaan Krismas. Seperti dipetik Soompi, kumpulan ini turut menyediakan pelbagai hadiah menarik dan konsep yang sesuai dengan golongan sasaran peminat mereka iaitu remaja, pasangan kekasih dan keluarga. Tiket untuk menyertai ahli kelab peminat sudah dibuka bermula Khamis manakala tiket untuk konsert akan dijual bermula 13 Disember 2016.