Yonhap News Agency melaporkan kumpulan di bawah pengurusan YG Entertainment ini akan menjadi pemuzik Korea pertama yang berjaya mengadakan persembahan sejak perintah larangan itu dikuatkuasakan bulan lalu.
Tambahnya, kebenaran tersebut tidak diperolehi secara mudah oleh duo Lee Soo Hyun dan Lee Chan Hyuk itu.
Akdong Musician sudah menghantar surat permohonan sejak 3 November lalu.
Bagaimanapun, hingga kini belum ada keterangan tentang konsert yang dijangka diadakan pada Januari depan.