PASANGAN selebriti Katy Perry dan Orlando Bloom dilaporkan muncul bersama di khalayak sekali gus membuktikan khabar angin sudah berpisah.
Seperti dipetik Daily Mail, kedua-dua mereka dilihat mesra ketika bersama-sama berhibur di taman tema Disneyland.
Gambar tersebar kedua-duanya menaiki beberapa permainan roller coaster dan Orlando memeggang tangan bintang pop itu dengan erat.
Foto-foto kemesraan di taman hiburan itu dimuat naik oleh rakan baik Katy iaitu Johnny Wujek yang turut bersama-sama mereka.
Terdahulu, pasangan ini juga dilihat meraikan majlis Thanks Giving bersama keluarga besar mereka.