suria

Sooyoung (Girls' Generation) Kutip Dana Pesakit Mata

Sooyoung

PENYANYI Sooyoung (Girls' Generation) yang dikenali dengan sikap dermawan sekali lagi melakukan projek mengutip dana secara dalam talian untuk sebuah organisasi kebajikan.

Organisasi kebajikan yang diusahakan bapanya itu bagi membantu pesakit retinitis pigmentosa yang berhadapan dengan masalah mata sehingga mengakibatkan ia menjadi buta.

Kempen Girls Generation's Sooyong is Cheering on Light  itu telah diumumkan menerusi akaun Instagram peribadinya.

Kutipan derma akan dibuat sehingga hari ulang tahunnya pada 10 Februari depan.

Sooyoung

Artikel Lain