KUMPULAN terkenal Big Bang nyaris ditimpa masalah besar apabila telefon salah seorang anggotanya, T.O.P hampir tercicir dalam kapal terbang baru-baru ini. T.O.P. memberitahu sekiranya telefon berkenaan hilang berkemungkinan gambar-gambar kelakuan tidak senonoh mereka akan tersebar dan mereka perlu menanggung malu. "Saya suka mengusik kawan-kawan saya dalam Big Bang dan dalam telefon saya ada gambar tidak senonoh mereka. "Baru-baru ini saya hampir-hampir kehilangan telefon dan ketika itu saya bimbang jika ada pihak tidak bertanggungjawab yang menemuinya akan mendedahkan gambar-gambar tidak senonoh kami. "Tambahan pula telefon saya tidak mempunyai kata laluan. Nasib baik pengurus kami jumpa telefon saya yang terselit di celah tempat duduk," katanya ketika diwawancara menerusi program MBC Radio Star seperti dilaporkan Koreaboo. Pada program itu kesemua anggota Big Bang mendedahkan kisah yang tidak diketahui peminat tentang diri mereka. Dalam pada itu, salah seorang anggota Big Bang iaitu Kim Gura pula mendedahkan T.O.P ada menyimpan gambar Seungri ketika sedang mandi dan paling bimbang jika foto itu tersebar ketika telefonnya hilang. "T.O.P. memang kelihatan takut apabila menyedari telefonnya hilang kerana dalam banyak-banyak gambar, foto Seungri paling lucah dan melucukan yang diambil ketika dia sedang mandi," katanya. Bagaimanapun kata T.O.P., selepas kejadian itu dia mula mengaktifkan kata laluan pada telefonnya.