suria

Rumah Tangga Kim Kardashian & Kanye West Kembali Pulih

Hubungan Kanye West dan isterinya, Kim Kardashian dilaporkan kembali pulih.

KEADAAN rumah tangga pasangan Kim Kardashian dan Kanye West yang dikatakan goyah sebelum ini dilaporkan kembali pulih.

Daily Mail melaporkan pasangan terkenal Hollywood ini mendapatkan khidmat kaunseling demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Terbaharu, Kanye dan Kim dilihat muncul dikhalayak untuk menghantar anak perempuan mereka North West ke sekolah tarian.

Kim terdahulu menyangkal laporan dia dan Kanye akan bercerai dan hubungan mereka dalam keadaan baik.

Sebelum ini rumah tangga pasangan itu dikatakan goyah disebabkan beberapa episod hitam yang melanda keluarga mereka sejak kebelakangan ini.

Sumber turut mendedahkan situasi rumah tangga pasangan itu berada dalam keadaan tegang dan Kim akan memastikan hak penjagaan dua anak mereka iaitu North dan Saint berpihak kepadanya selepas bercerai.

"Kim berasa terperangkap dalam perkahwinan tersebut dan perkara buruk yang menimpa keluarga mereka," kata sumber.

Dalam pada itu, Kanye yang dimasukkan ke hospital selama 10 hari pada November lalu akibat gangguan mental dikatakan penyebab Kim tidak lagi tahan dengan suaminya itu.

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Lain