suria

Britney Spears Muat Naik Gambar Lucu Sangkal Berita Kematian

Britney Spears memuat naik gambarnya di Twitter selepas berita kematiannya tersebar.
PENYANYI terkenal Britney Spears memuat naik gambar terbaharunya di Twitter selepas berita palsu mengatakan dia meninggal dunia tersebar luas pada Isnin lalu.

Daily Mail melaporkan, Britney, 35, memuat naik empat keping gambarnya yang memperlihatkan dia membuat mimik muka lucu selain meniru gaya watak dalam filem Charlie's Angel.

"Jangan memandang rendah kepada kuasa seorang Charlie's Angel," tulisnya.

Peminat penyanyi lagu Toxic itu terkejut apabila laman Twitter Sony Music yang juga syarikat rakaman Britney memuat naik status mengatakan dia meninggal dunia.

Bagaimanapun, Sony Music dalam satu kenyataan menjelaskan akaun Twitter tersebut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan telah memadam status tersebut.

"Akaun ini digodam dan berita berkenaan tidak benar. Britney dalam keadaan baik dan sihat," jelas kenyataan itu.

Britney Spears, Twitter, Sony Music

Artikel Lain