AKHIRNYA pasangan artis Kim Hyejin dan Ryu Sangwook mendedahkan mereka sudah menjalinkan hubungan sejak enam bulan lalu. Menurut rakan mereka, pasangan berkenaan ketika ini sedang berusaha untuk mengatasi jurang usia masing-masing yang terlalu jauh iaitu Kim Hyejin berumur 41 tahun manakala Ryu Sangwook pula berumur 31 tahun. Mereka kini mula keluar bersama di tempat terbuka dan tidak kisah dengan pandangan orang ramai yang menyaksikan kemesraan masing-masing. Pasangan berkenaan pernah digandingkan dalam drama Junwoo di saluran 2010 KBS1 dan hubungan itu mula rapat selepas penggambaran itu. - Koreaboo!