suria

Justin Bieber Kembali Aktif Di Instagram

Justin Bieber kembali aktif di Instagram selepas memadam akaunnya itu pada Ogos tahun lalu.

PENYANYI Justin Bieber kembali aktif di Instagram selepas mengambil keputusan memadam akaun laman sosial popular itu pada Ogos tahun lalu.

Billboard melaporkan Justin memuat naik video iklan T-Mobile Super Bowl yang memperlihatkannya bertindak sebagai duta jenama itu.

Video berkenaan sehingga kini sudah pun mendapat 5.7 juta tontonan dan hampir 400,000 komen yang rata-rata gembira dengan kemunculan semula penyanyi itu di Instagram.

Pada November tahun lalu, Justin secara terbuka memberitahu dia berhenti menggunakan Instagram kerana menyifatkan laman sosial itu sebagai 'neraka'.

"Instagram adalah untuk syaitan. Saya rasa neraka itu adalah Instagram, saya 90 peratus pasti.

"Kita dihantar ke Instagram yang seperti neraka dan tidak akan jumpa jalan keluar walaupun puas mencuba," katanya.

Sebelum ini, Justin bertindak memadam akaunnya selepas bergaduh besar dengan teman wanitanya, Selena Gomez berhubung komen yang dibuat terhadap peminat yang gemar menghentam wanita yang disukainya.

"Saya akan tutup Instagram saya jika anda semua tidak hentikan kebencian yang tidak ada kesudahan ini.

"Jika anda betul peminat saya anda tidak akan bertindak kejam terhadap orang yang saya suka," katanya.

Justin yang mempunyai 77.3 juta pengikut di Instagram sebelum ini dikaitkan dengan model Sofia Richie.

Artikel Sebelum

Artikel Lain