suria

Yoon Hyuk Ditahan Memandu Tanpa Lesen

ANGGOTA kumpulan Disember, Yoon Hyuk baru-baru ini disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas iaitu memandu tanpa lesen.

Pada 5 Februari lalu,  Yoon Hyuk sedang memandu di Gangnam, Seoul ketika polis menahannya untuk disoal secara rawak pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketika ditahan, anggota keluarganya turut berada di dalam kereta yang dipandu Yoon Hyuk.

Menurut polis, kereta Yoon Hyuk diarahakan berhenti untuk pemeriksaan rawak dan tiada sebab tertentu untuk kenderaan itu diminta berbuat demikian.

Selepas tuduhan awal memandu tanpa lesen, polis juga mendapati bahawa lesen memandu Yoon Hyuk sebelum ini telah dibatalkan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurut satu sumber media, Yoon Hyuk didakwa memberikan lesen abangnya ketika polis meminta dia menyerahkan lesen untuk diperiksa.

Selepas disoal siasat selama lebih dua jam, dia kemudiannya dihantar pulang ke rumah.

Polis kemudian menambah bahawa mereka mungkin perlu untuk memanggil dia sekali lagi bagi membantu siasatan.

Yoon Hyuk

Artikel Lain