suria

Drake Terkilan Dituduh Paksa Peminat Buka Hijab

Drake terkilan apabila dituduh memaksa seorang peminat wanitanya menanggalkan hijab yang dipakai ketika menghadiri konsertnya di O2 London baru-baru ini.

PENYANYI rap Drake menyangkal dakwaan kononnya dia memaksa seorang peminat wanitanya menanggalkan hijab yang dipakai ketika menghadiri konsertnya di O2 London baru-baru ini.

Menjelaskan perkara itu, Drake sebaliknya berkata, dia hanya meminta wanita itu membuka skarf musim sejuk yang dipakai dibahagian tengkuk selepas melihat individu tersebut kelihatan tidak selesa.

"Apa yang berlaku di O2 London saya sedang bercakap dengan empat wanita yang memakai jaket dan skarf musim sejuk dan meminta dia buka agar rasa lebih selesa.

"Saya sedar apa itu hijab dan tidak akan sesekali membuat komen biadap seperti didakwa terhadap wanita yang memakainya," katanya dalam satu kenyataan dibuat menerusi Instagram.

Tambah penyanyi lagu Fake Love itu, laporan palsu itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia terang-terangan boleh menimbulkan salah faham.

"Setiap kali saya mengadakan persembahan saya sering bercakap tentang cinta dan kepentingan kita bersatu hati sebagai manusia tidak kira apa juga bangsa atau agama kita.

"Apabila mendapat tahu berita mengarut saya tidak menghormati seorang Muslim amat menyedihkan saya.

"Kepada yang menulis cerita mengarut itu saya harap dia dapat meluangkan lebih banyak masa untuk mempelajari tentang budaya dan agama orang lain daripada terus memecah-belahkan kita," katanya.

Drake

Artikel Lain