suria

Pelakon 'Full House' Meninggal Dunia Akibat Kanser

Kim Ji Young meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada usia 79 tahun.
PELAKON veteran popular menerusi drama bersiri Full House yang menjadi fenomena pada 2004 iaitu Kim Ji Young meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru pada 19 Februari lalu.

Soompi melaporkan Ji Young, 79, sudah menderita penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu namun merahsiakannya daripada pengetahuan umum.

Anak perempuannya dalam satu kenyataan memberitahu ibunya enggan mendedahkan penyakit itu kerana yakin dapat sembuh dan meneruskan minat dalam bidang lakonan.

"Ibu saya sudah melawan penyakitnya sejak dua tahun lalu dan dia sentiasa positif melawan penyakit berkenaan.

Kemunculan Ji Young dalam drama Full House meninggalkan kesan.

"Bagaimanapun mendiang rebah dua hari sebelum dia meninggal dunia akibat radang paru-paru," katanya.

Menerusi drama bersiri Full House, Ji Young memegang watak sebagai nenek kepada Young Jae lakonan Rain.

Walaupun memegang watak pembantu namun peranan seorang nenek yang garang tetapi penyayang mencuit hati penonton.

Pelakon itu membuat kemunculan pertama sebagai pelakon pada tahun 1960 menerusi filem Heirs dan sejak itu kariernya berkembang.

Bagi generasi baharu, Ji Young dikenali menerusi watak sebagai nenek yang penyayang dalam pelbagai drama termasuk Full House.

Full House, Kim Ji Young, Rain

Artikel Sebelum

Artikel Lain