suria

Angelina Jolie Lalui Kehidupan Sukar Selepas Bercerai

Angelina Jolie bersama anak-anaknya ketika berada di Siem Reap, Kemboja baru-baru ini. -foto AP

SELEPAS lima bulan memfailkan perceraian, pelakon Angelina Jolie terpaksa melalui kehidupan yang sukar tanpa sokongan Brad Pitt.

Pelakon terkenal Hollywood itu pertama kali bercerita mengenai kisah peribadinya menerusi temubual bersama BBC News ketika menghadiri majlis promosi filem baharunya di Kemboja.

"Saya tak mahu bercerita banyak mengenainya kecuali untuk mengatakan bahawa ia adalah masa yang sukar.

"Kami adalah keluarga dan akan terus menjadi sebuah keluarga," katanya yang jelas kelihatan begitu beremosi.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Jolie dan Pitt berhadapan masalah bagi menuntut hak penjagaan terhadap enam orang anak mereka.

"Fokus saya adalah anak-anak saya, anak-anak kita," jelasnya kepada BBC.

"Kami selama-lamanya akan menjadi sebuah keluarga dan itu yang sedang saya hadapi," katanya.

Jolie memfailkan perceraian pada September tahun lalu.

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain