suria

Jackson (GOT7) Rebah Ketika Bertemu Peminat

Jackson (GOT7) rebah ketika menghadiri sesi bertemu peminat di Tokyo, Jepun.

PENYANYI Jackson daripada kumpulan GOT7 rebah ketika menghadiri program bertemu peminat yang diadakan di Tokyo, Jepun pada Sabtu lalu.

Koreaboo melaporkan ketika muncul pada acara itu Jackson kelihatan tidak bermaya dan lebih banyak mendiamkan diri sehingga keadaannya itu mendapat perhatian peminat.

Malah peminat yang berada pada majlis itu turut memberitahu Jackson kelihat pucat dan terkejut apabila dia tiba-tiba rebah ketika sesi tandatangan dan bergambar.

"Walaupun tidak sihat tetapi Jackson tetap ingin meneruskan sehinggalah dia tiba-tiba rebah dan beberapa krew terpaksa mengangkatnya ke belakang pentas," kata salah seorang peminat.

Ekoran kejadian itu, Jackson dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jackson, GOT7

Artikel Lain