PELAKON Adam Sandler mendedahkan anak-anaknya benci dengan filem lakonannya kerana merasakan ia membosankan. Adam berkata dua anak perempuannya, Sadie, 10 dan Sunny, 8, juga tidak memahami mengapa dia mempunyai peminat yang ramai dan sering menjadi tumpuan apabila berada di tempat awam. "Ia lucu sebenarnya kerana mereka yang merayu untuk menonton filem lakonan saya kerana mereka berasa hairan ada peminat bercakap tentang lakonan saya apabila bertemu di tempat awam. "Sebab itu mereka ingin menonton sendiri dan menilai apa yang mereka dengar. "Bagaimanapun setiap kali saya pasang mereka akan beritahu ia membosankan dan ingin menonton sesuatu yang lain," katanya ketika muncul dalam program Ellen DeGeners. Bagaimanapun kata Adam, 50, dia tidak berkecil hati dengan sikap anak-anaknya itu kerana memahami citarasa kanak-kanak berbeza.