suria

Kyeo Woon Mengaku Sedang Bercinta

Jung Kyeo Woon kembali bercinta selepas perkahwinan pertamanya gagal dipertahankan.

PELAKON Jung Kyeo Woon mendedahkan dia kini sedang dalam fasa bahagia dan sudah pun mempunyai teman wanita menerusi kenyataan dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, C9 Entertainment.

Kyeo Woon bagaimanapun memberitahu wanita yang berjaya mencuri hatinya itu bukan dari kalangan selebriti sebaliknya adalah orang biasa.

"Jung Kyeo Woon kini sedang menjalinkan hubungan cinta tetapi wanita pilihannya itu bukanlah dari kalangan selebriti," kata kenyataan dikeluarkan kepada media.

Dalam pada itu, Kyeo Woon mengambil keputusan tampil menjelaskan status dirinya kepada umum kerana tidak mahu peminat terus mempercayai gosip yang bertebaran tentang kisah peribadinya.

"Dia bimbang gosip tidak benar tentang dirinya akan memberi bukan sahaja kepada dirinya tetapi drama lakonannya dan orang-orang terlibat dalam kariernya.

"Jadi lebih baik dia tampil berterus-terang tentang perkara sebenar dan berharap peminat mendoakan yang baik-baik untuknya," kata kenyataan itu lagi.

Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin pada April 2014 namun bercerai pada Mac 2016 hanya selepas dua tahun berkahwin.

Bagaimanapun Kyeo Woon enggan mendedahkan punca perceraian tersebut dan hanya memberitahu ia perkara peribadi.

Jung Kyeo Woon

Artikel Lain