SELAIN kisah cintanya dengan penyanyi The Weeknd, kini bintang pop antarabangsa Salena Gomez tampil dengan perkembangan baharu membabitkan penampilannya. Menerusi laman Instagram, Salena berkongsi gambar yang menunjukkan dia baharu sahaja mengubah penampilan kepada gaya berambut pendek. Menurut laporan thesun.co.uk, sehingga kini masih belum dapat dipastikan mengapa penyanyi itu mengambil risiko untuk tampil dengan imej tersebut. Penyanyi itu juga tidak mengenakan sebarang solekan menerusi gambar berkenaan. Selena sebelum ini lebih dikenali dengan imej berambut panjang hingga melepasi paras dada. Berdasarkan komen, penyanyi itu dihujani dengan pelbagai pujian daripada peminatnya yang menyifatkan gaya berkenaan sebagai "cantik".