suria

Madonna Selar Projek Filem Biopik Tentang Dirinya

Madonna memberitahu hanya dia yang berhak untuk bercakap tentang kisah hidupnya.

PENYANYI Madonna menyuarkan rasa tidak senang terhadap projek filem biopik mengenai kisah hidupnya yang berjudul Blonde Ambition.

Madonna, 58, dalam satu posting di Instagram berkata, hanya dia sahaja berhak untuk bercerita tentang dirinya dan bukannya daripada orang lain.

"Tiada siapa tahu apa yang saya tahu dan lihat, hanya saya berhak bercakap tentang cerita diri saya.

"Orang lain yang cuba berbuat demikian adalah penipu dan bodoh selain ingin mencari kepuasan untuk diri sendiri tanpa melakukan sebarang kerja.

"Ini adalah satu penyakit dalam masyarakat kita," tulisnya yang turut memuat naik gambarnya ketika di awal kemunculan sebagai penyanyi.

Madonna bersuara sehari selepas pengumuman projek itu yang memperlihatkan pendatang baharu, Elyse Hollander sebagai penulis skrip dan lakon layar filem itu.

Michael De Luca yang menerbitkan filem Fifty Shade of Grey bertindak sebagai penerbit bersama-sama pengarah Brett Ratner (RatPac Entertainment) dan John Zaozirnya daripada Bellevue Productions.

Filem itu bakal mengangkat kisah Madonna yang dalam proses menyiapkan album pertamanya selain kisah cintanya dan populariti dikecap sebagai bintang terkenal dunia.

Universal Studios bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan Madonna.

Madonna, Blonde Ambitions

Artikel Lain