suria

Dara Beri Amaran Individu Cuba Godam Laman Sosialnya

BEKAS ahli kumpulan 2NE1, iaitu Sandara Park memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengodam akaun laman sosialnya.

Perkara itu didedahkan oleh Sandara atau lebih dikenali sebagai Dara menerusi lama Instagram miliknya.

Bagaimanapun, katanya, percubaan pengodam tersebut tidak berjaya.

"Jangan mengodam akaun saya. Tolong hargai hal peribadi milik saya." tulisnya di kapsyen.

Perkara tersebut mendapat reaksi daripada peminat-peminatnya yang turut kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.

Dara

Artikel Lain