BAHARU sahaja berkahwin pada Januari lalu, pasangan Kim Tae Hee dan Rain mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagI. Koreaboo melaporkan kandungan Tae Hee kini sudah pun memasuki minggu ke-15 dan aktres itu kini berada dalam keadaan baik. "Restu daripada peminat dan keluarga, Tae Hee dan Rain bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. "Pasangan itu ingin berkongsi berita tersebut dengan semua peminat yang sentiasa mendoakan kebahagian mereka," kata wakil pengurusannya dalam satu kenyataan. Perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat. Walaupun diadakan secara tertutup, Rain dan Tae Hee memuat naik gambar perkahwinan mereka di Instagram untuk tatapan peminat.