HAMPIR tujuh tahun mewarnai industri muzik Korea Selatan, band yang dianggotai empat gadis jelita, Sistar dengan rasminya dibubarkan. Ini diakui sendiri syarikat rakaman mereka, Starship Entertainment yang memaklumkan kumpulan itu ibubarkan secara rasmi setelah album terakhir mereka dilancarkan pada penghujung Mei depan. Menurut agensi kumpulan yang popular dengan lagu 'Alone' ini, besar kemungkinan empat anggota Sistar akan meneruskan karier seni secara solo. "Saat ini kami sedang berbincang dengan kesemua anggota untuk membuat kontrak secara individu. "Pihak kami akan menghentikan segala aktiviti berkumpulan setelah album terbaru mereka dilancarkan dalam waktu terdekat ini," akui wakil Starship Entertainment seperti yang dilapor Soompi, pada Selasa. Dalam pada itu kata sumber terdekat, Hyorin dan Soyu tetap meneruskan kerjaya nyanyian manakala Bora dan Dasom akan menyertai bidang lakonan. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan. Sistar memulakan kerjaya nyanyian pada Julai 2010.