suria

Trauma Kes Bom, Peminat Rayu Bieber Batal Konsert

Sehingga kini, pengurusan Bieber masih belum memberi maklumbalas pada kerisauan Beliebers.

SUSULAN insiden pengeboman di konsert Ariana Grande 22 Mei lalu, peminat tegar Justin Bieber turut menggesa artis kesayangan mereka itu membatalkan penganjuran konsert yang direncanakan di Hyde Park, United Kingdom pada 2 Julai depan.

Peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Beliebers akui masih berasa trauma insiden di konsert Ariana itu dan tidak mahu kejadian yang sama menimpa Bieber.

Rentetan itu, Beliebers mula membanjiri ruang Twitter dengan satu pengharapan agar penyanyi lagu Love Yourself itu tidak meneruskan hasrat melangsungkan konsert tersebut. 

Ini antara luahan daripada ribuan Beliebers: "Tolong batalkan @justinbieber kami merayu," tulis @scooterbraun.

"Aku tahu dia selalu mahu lakukan yang terbaik untuk peminat-peminatnya tetapi dia juga harus menjaga diri," kata @Sophiebe_Bear.

"Tolong jangan ke UK, aku tidak mahu hal yang sama menimpa kamu @Justinbieber," ujar Purposeestan19.

Sebahagian Beliebers yang sentiasa membuktikan kesetiaan mereka pada penyanyi berusia 23 tahun ini.

Bagaimanapun sehingga kini selepas bertebaran ucapan Beliebers di laman Ywitter berhubung kerisauan itu, pihak pengurusan artis ini belum memberi apa-apa maklum balas malah Bieber sendiri hanya menaikkan Hashtag #PrayForManchester.

Terdahulu, ledakan bom telah mengorbankan seramai 22 orang selain mencederakan 59 yang lain di Konsert penyanyi Ariana Grande di Manchester, 22 Mei lalu. 

Justin Bieber

Artikel Lain