suria

Tuah Bertubuh Seksi, Seolhyun Terima Anugerah

Kesempurnaan fizikal Seolhyun sering dijadikan idola oleh peminat-peminatnya.

BERMULA dengan kejayaan di Gangnam Blues (2013) bersama Lee Min, bekas anggota AOA iaitu Seolhyun terus menjadi perhatian sehingga diangkat sebagai idola oleh peminatnya hanya kerana bentuk badan seksi.

Seperti yang dilaporkan KPopstarz, Wajah Seolhyun yang fotogenik dan mesra kamera sentiasa menjadi pilihan jurugambar.

Lebih menarik, pakej yang ada pada dirinya itu melayakkan dia diberi penghargaan dari 2017 KOPA & Nikon Press Photo Awards bagi kategori Most Photogenic Star.

"Saya tidak sangka akan mendapat pengharagaan sebegini. Terima kasih kerana sentiasa mengambil foto-foto saya dengan indah," katanya dipetik dari Nate. 

Malah di laman sesawang, netizen memilih Seolhyun sebagai selebriti yang memiliki tubuh ideal, tinggi dan ramping.

Malah dirinya turut dibanding-bandingkan dengan Suzy 'Miss A' yang dilihat sebagai selebriti kesayangan Korea Selatan.

Kemunculan Seolhyun dalam beberapa iklan televisyen turut menjadi bualan hangat netizen kerana terpesona dengan bentuk badannya yang disifatkan terlalu sempurna umpama anak patung.

Justeru tidak hairanlah seandainya Seolhyun terus diangkat menjadi antara selebriti idola yang disanjungi di Korea Selatan hanya kerana kesempurnaan fizikal yang dimiliknya.

Seolhyun

Artikel Lain