PENGUMUMAN pembubaran kumpulan Sistar pada Selasa lalu masih memberi kejutan kepada peminat-peminatnya. Tidak mahu peminat terus bersedih, ahli kumpulan itu memuat naik sebuah video perpisahan mereka. Menerusi akaun rasmi YouTube, agensi pengurusannya Starship Entertainment melancarkan sebuah video berjudul Thank You. Dalam video berkenaan, empat ahli kumpulan itu meninggalkan pesan agar peminat tidak terus kecewa dengan keputusan yang mereka ambil. "Jumpa lagi, ini bukan perpisahan, berpisah untuk mnegejar impian masing-masing, memori bersama akan dikenang selama-lamanya," antara ayat dalam video berkenan. Sistar dianggotai oleh Dasom, Soyu, Hyorin dan Bora. Dalam pada itu, kumpulan ini bakal melancarkan album terakhir mereka bersama kumpulan itu pada 31 Mei ini.