suria

Gantung Diri Punca Kematian Chris Cornell

Chris Cornell mengejutkan peminat apabila ditemui mati di sebuah hotel pada 17 Mei lalu.

SELEPAS hampir sebulan Chris Cornell meninggal dunia, akhirnya keputusan bedah siasat penyanyi kumpulan Soundgarden siap bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

E! Online melaporkan Chris, 52, meninggal dunia kerana menggantung dirinya walaupun laporan kimia mendapati terdapat bahan terlarang dalam badan penyanyi itu.

Bagaimanapun laporan itu menyebut dadah bukan punca kematian Chris yang ditemui mati di sebuah hotel di Detroit pada 17 Mei lalu.

Ketika kejadian, polis menemui Chris dalam keadaan tidak sedarkan diri selain terdapat tali dibahagian tengkuknya.

Penyanyi itu diumumkan meninggal dunia ketika ditemui di tempat kejadian dan spekulasi mula timbul berhubung kematiannya.

Chris Cornell

Artikel Lain