suria

T.O.P Sudah Sedar Gara-Gara Ubat Terlarang

T.O.P kini sedang mendapatkan rawatan susulan dan psikologi di sebuah hospital di Seoul.

PENYANYI kumpulan Big Bang, T.O.P beransur pulih selepas dia ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai mengambil ubat terlarang secara berlebihan pada Selasa lalu.

YG Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu T.O.P. kini sedang menjalani rawatan susulan dan psikologi bagi memastikan tahap kesihatannya benar-benar pulih.

T.O.P sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Ehwa Woman Mokdong sebelum dipindahkan ke sebuah hospital lain selepas dia sedarkan diri.

"T.O.P sedang menerima rawatan terbaik daripada hospital dan dia dijangka dibenarkan pulang dalam tempoh dua minggu lagi," kata wakil YG Entertainment.

T.O.P kini beransur pulih.

Media di Korea Selatan sebelum ini melaporkan T.O.P mengambil ubat-ubatan terlarang kerana tertekan ekoran skandal penyalahgunaan dadah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai selebriti berpengaruh.

Menambah tekanan itu, T.O.P disingkirkan daripada terus mengikuti program latihan ketenteraan berkuakuasa serta-merta setelah empat bulan ditugaskan di Pejabat Polis Gangnam Seoul, Korea.

Ketika dibawa ke hospital, T.O.P ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan harapannya untuk terus hidup tipis.

Perkhabaran itu mencetuskan panik dalam kalangan peminatnya yang bimbang akan keadaan dirinya. - KOREABOO

T.O.P.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan