suria

Ketahui Lima Selebriti Hollywood Nyaris Temui Ajal

Kanye antara dalam senarai lima selebriti hampir maut kerana kemalangan di Los Angeles.

BENAR kematian adalah rahsia Tuhan namun setiap orang itu pastinya pernah melalui detik-detik cemas.

Lima selebriti Hollywood yang disenaraikan ini antara yang pernah nyaris kehilangan nyawa atas pelbagai sebab. 

Siapa mereka? Jom semak!

1) Anne Hathaway


Percutian Anne Hathaway di Hawaii nyaris berkesudahan dengan malapetaka. Saat itu Anne sedang asyik bermain di pinggir pantai. Tiba-tiba ombak besar menariknya ke tengah lautan membuatkan pelakon Les Miserables hampir lemas. 

2) Johnny Deep


Johnny Depp juga mempunyai pengalaman nyaris kehilangan nyawa pada 2011. 

Enjin pesawat yang dinaiki aktor berusia 52 tahun tersebut mati secara tiba-tiba ketika sedang di udara. 

Namun dia masih beruntung kerana beberapa saat kemudian, enjin pesawat kembali berfungsi sekali gus menyelamatkannya dari terhempas.

3) Kanye


Ketika waktu mudanya Kanye pernah mengalami kecelakaan parah akibat kemalangan jalanraya di Los Angeles. 

Bagaimanapun suami Kim Kardashian ini beruntung kerana masih selamat meski mengalami luka yang teruk.

4) Ellie Goulding


Ellie Goulding tidak pernah melupakan peristiwa yang terjadi ketika dia di Norwegia. Kereta yang ditumpangi Ellie dan pengurusnya terbabas ke dalam tasik bersuhu bawah paras beku iaitu -25 darjah celcius. 

Sebelum membeku, Ellie dan pengurusnya berjaya diselamatkan.

5) George Clooney


George Clooney pernah mencuba lakukan aksi bunuh diri. Selepas diselidik, pelakon berusia 54 tahun itu berbuat demikian kerana tidak tahan dengan rasa sakit akibat patah tulang punggung sewaktu penggambaran filem Syriana pada 2005.

George Clooney, Johnny Deep

Artikel Lain