suria

Agensi Sahkan Choi Jonghun Sedang Bercinta

Choi Jonghun dan Son Yeon Jae mula bercinta sejak bulan Mac lalu.

SYARIKAT pengurusan artis, FNC Entertainment mengesahkan berita mengenai salah seorang ahli kumpulan F.T Island, Choi Jonghun dan ahli gimnastik berirama Yeon Jae kini menjalinkan hubungan cinta.

"Kami mahu mengesahkan Choi Jonghun dan Son Yeon Jae sedang bercinta dan mengenali hati budi," kata jurucakap agensi.

Pada 14 Jun lalu, pasangan ini pertama kali dilihat keluar bersama sebagai kekasih.

Sumber dari agensi tersebut berkata: "Sebaik saja foto Choi Jonghun dan Son Yeon Jae tersebar, syarikat pengurusan Choi terus menghubunginya.

"Kami ada mendengar gosip tentang mereka berdua. Selepas itu terus hubungi Choi Jonghun untuk mengesahkan gosip tersebut," kata sumber.

Menerusi laporan Dispatch,  Choi Jonghun dan Son Yeon Jae pernah berjauhan selama empat tahun dan pasangan ini dilaporkan mula bercinta pada Mac lalu selepas berjumpa secara tidak sengaja pada Februari.

Malah dikatakan pemain gitar juga pelakon ini pernah membuat kejutan hari lahir anak Yeon Jae pada Mei lalu ketika kekasihnya itu terbang ke Jepun selama dua hari sebelum konsert F.T Island Jun ini.

Choi Jonghun, Son Yeon Jae

Artikel Berikut

Artikel Lain