DADAH jenis heroin dan kokain ditemui dalam badan pelakon Carrie Fisher yang meninggal dunia ketika dalam pesawat pada 23 Disember tahun lalu akibat serangan jantung. Majalah People melaporkan, Carrie dipercayai mengambil dadah tersebut dalam tempoh 72 jam sebelum meninggal dunia berdasarkan laporan autopsi yang dilakukan Malah mereka turut mengesan Carrie mengambil beberapa lagi bahan terlarang termasuk ubat anti-kemurungan. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pengambilan bahan terlarang itu penyebab kepada kematian Carrie. Pelakon filem Star Wars yang memegang watak Princes Leia itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari London ke Los Angeles. Ibu Carrie, Debbie Reynolds pula meninggal dunia sehari selepas anaknya diserang penyakit jantung.