suria

Kimye Upah Ibu Tumpang Dapat Anak Ketiga

Kim Kardashian dan Kanye West ingin mendapatkan menambah bilangan ahli keluarga mereka.

WALAUPUN telah diberi amaran untuk tidak lagi hamil namun bintang realiti Kim Kardashian tetap berhasrat menambah bilangan ahli keluarganya.

Menurut laporan TMZ, Kim dan suaminya, Kanye West bercadang untuk menggunakan khidmat ibu tumpang bagi mendapatkan cahaya mata ketiga.

Doktor sebelum ini melarang Kim hamil selepas dia mempunyai masalah plasenta yang akan membahayakan dirinya dan bayi dikandungnya.

Sumber terdekat pasangan itu memberitahu, Kim dan Kanye sudah pun mengupah agensi untuk menguruskan tentang perkara itu.

Pasangan itu dilaporkan perlu membayar ASD100,000 (RM440,000) kepada bakal ibu tumpang bagi tujuan itu.

Malah Kim dan Kanye turut menetapkan pelbagai syarat seperti wanita itu tidak boleh merokok, mengambil minuman keras, selain mengelak daripada mengadakan hubungan seksual.

Bayaran itu akan dibuat secara ansuran selama 10 bulan kepada ibu tumpang itu sekiranya mereka bersetuju untuk mendapatkan anak dengan kaedah itu.

Kim dalam program Keeping Up With The Kardashian sebelum ini pernah menyuarakan untuk mendapatkan lebih ramai anak dan meminta adiknya, Khloe Kardashian menjadi ibu tumpang.

Pasangan itu mempunyai dua cahaya mata iaitu North West, 4, dan Saint West, 18 bulan.

Kim Kardashian, Kanye West

Artikel Lain