KHABAR duka dari salah seorang anggota Super Junior, Leeteuk yang baru sahaja menjadi mangsa kecurian. Seperti yang diketahui, baru semalam figura tersohor ini berada di Switzerland dengan memuatnaik sekeping gambarnya bersama seorang peminat yang memakai baju bertuliskan namanya. Namun tidak lama selepas itu, dia memuatnaik pula sekeping gambar yang mengejutkan! Cermin keretanya telah dipecahkan oleh pencuri. Keadaan kereta Leeteuk selepas cermin tingkapnya dipecah pencuri. Antara kata Leeteuk; "Aku perlu pulang ke Korea, namun apa boleh buat selepas kejadian tersebut pasport dan telefon juga diambil. "Sekarang aku terpaksa menggunakan media sosial untuk menghubungi kakitangan 'delivery' di Korea. Aku pasti keadaan penggambaran akan lebih sulit selepas ini," tulisnya. Tentu sahaja posting Leeteuk mengundang simpati netizen. Malah dikatakan peminat-peminatnya yang berasal dari negara Eropah itu juga tidak putus-putus memohon maaf di atas kejadian tersebut. Hmm...nasib le Leeteuk, sabar je la. Spesis pencuri ni kat mana-mana pun ada.