suria

Puas Popular, Nicole Kidman Nak Bersara?

Nicole Kidman akui sudah puas menikmati asam garam hidup sebagai artis.

UMUM tahu pelakon Nicole Kidman banyak membintangi filem-filem kelas A yang pasti berada dalam senarai Box Office antaranya Moulin Rouge (2001) dan Cold Mountain (2003). Justeru, selebriti ini selayaknya menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sejajar dengan prestasi cemerlangnya dalam lapangan lakonan.

Mula mencipta nama sejak 1983, aktres ini akui sudah cukup merasa asam geram bergelar orang ternama. Malah di satu sisi, bekas isteri kepada Tom Cruise ini merasakan dirinya kini tidak lagi terlalu muda untuk bergelar pelakon sehingga memaksa dirinya untuk berehat dari terus bergiat aktif dalam industri perfileman Hollywood.

Rupa-rupanya hasrat itu telah disuarakan Nicole sejak 2008 lagi saat mengandung puterinya, Sunday. Namun hasrat itu dibantah ibunya.

Nicole dapat ucapan istemewa dari suami, Keith Urban bersempena sambutan ulangtahun perkahwinan ke-11 .

"Pada ketika itu saya sedang hamilkan Sunday dan berfikir ini adalah waktunya untuk berhenti berlakon memandangkan sudah merasakan banyak perkara.

"Tetapi ibuku membuat aku berubah fikiran dengan mengatakan,"terus lakukan apa yang kamu sukai kerana kamu akan merindukannya pada saat tua nanti" sehingga aku putuskan untuk terus berlakon pada ketika itu," katanya seperti yang dilaporkan Dailymail pada Isnin (26/6/2017).

Sementara itu, Nicole Kidman dan Keith Urban baru sahaja meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 11. Malah suaminya itu turut mengungkap ucapan manis buat Nicole.

"Hai sayang. Selamat hari ulangtahun perkahwinan. Sedar tak sedar 11 tahun kita hidup bersama. Rasanya seperti baru sahaja kita bercinta," tulis Keith Urban seperti yang dilapor E!Online.

Nicole Kidman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain