suria

Selepas Setahun, Jun Ji Hyun Hamil Lagi

Jun Ji Hyun diarahkan agar tidak terlalu aktif demi keselamatan kandungannya yang masih diperingkat awal kehamilan.

AMBOII...belum genap dua tahun selepas melahirkan anak pertama, pelakon Jun Ji Hyun kini sedang mengandung anak kedua!

Khabar gembira ini telah disahkan oleh pihak label agensi Ji Hyun sendiri iaitu Culture Depot.

"Kandungan Jun Ji Hyun sudah memasuki usia 10 minggu. Justeru, saat ini dia sedang berhati-hati menjaga janin dalam kandungannya apa lagi usia kandungannya masih baru," kata wakil agensi Ji hyun seperti yang dilapor Soompi.

Kandungan Jun Ji Hyun dikatakan sudah memasuki usia 10 minggu.

Tambahnya lagi, ini adalah berita yang membahagiakan buat semua peminat yang sentiasa menyokong Ji Hyun selama ini.

"Jadi tolong berikan sokongan kepadanya supaya dia dapat menjaga kandungan tersebut dengan baik," katanya.

Ji Hyun berkahwin dengan seorang seorang ahli perniagaan berjaya bernama Choi Jun Hyuk pada 2012.

Bintang drama You Who Came From the Stars ini melahirkan anak pertamanya pada Februari 2016.

Jun Ji Hyun

Artikel Lain