suria

Gong Yoo Kini Aktor Terlaris Korea Selatan

Populariti Gong Yoo mengatasi nama-nama besar aktor Korea sebelum ini antaranya Song Joong Ki dan Lee Min Ho.

DUNIA lakonan negeri pengeluar ginseng sememangnya dipenuhi aktor tampan dan mempesonakan. Selama ini, hanya Lee Min Ho dan Song Joong Ki yang dilihat mampu memberi pengaruh besar di dalam industri hiburan yang sekaligus membuatkan ramai yang mula jatuh cinta pada mereka.

Bagaimanapun situasinya kini berbeza. Aktor dan model Gong Yoo juga tidak harus dipandang sebelah mata. Sejak filem 'Train to Busan' menjadi bualan sehingga ke peringkat antarabangsa dan drama Goblin menjadi fenomena, Gong Yoo disebut membuka gerbang 'Hallyu Wave' generasi terbaru.

Sama seperti Song Joong Ki, Gong Yoo tidak putus-putus menerima tawaran di dalam industri hiburan membuatkan namanya terus disebut-sebut. Bahkan, Gong Yoo juga menjadi salah seorang model yang paling dicari-cari untuk menjadi wakil jenama produk terkenal, demikian lapor KoreaPortal pada Isnin (26/6/2017).

Filem Train To Busan diakui banyak membantu menaikkan nama Gong Yoo sehingga ke peringkat antarabangsa.

Alasannya, setiap produk yang dibintangi Gong Yoo pasti laris dan mendapat permintaan tinggi. Perkara ini meletakkan nama Gong Yoo sebagai salah seorang aktor paling berpengaruh di Korea Selatan berdasarkan pendapat Korea Corporate Reputation Research Center.

Tinjauan juga memilih Gong Yoo ditempat pertama aktor paling berpengaruh berdasarkan penerimaan pelbagai tawaran jenama produk terkemuka, manakala populariti Lee Min Ho yang pernah popular menerusi drama Boys Over Flowers (2009) dilihat semakin menurun.

Terbaru Lee Min Ho berada ditangga ketiga menerusi kategori Pelakon Popular Korea Selatan. Malah ada yang meramalkan populariti bintang ini akan lebih menurun kerana dia baru sahaja menjalani latihan wajib ketenteraan yang akan mengambil masa lebih kurang dua tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain