PENYANYI John Mayer akhirnya membuka mulut mengenai komen dibuat bekas kekasihnya, Katy Perry tentang hubungan cinta mereka sebelum ini. John, 39, ketika ditemubual oleh majalah Rolling Stone berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk mengulas mengenai hubungan lampaunya terutam berkaitan hal peribadi. "Saya tiada apa yang ingin katakan mengenainya kerana saya sudah melupakan fasa itu daripada hidup saya. "Tumpuan saya kini adalah muzik dan saya seronok menjalani kehidupan saya sekarang. Katy dan John pernah menjadi pasangan paling hangat di Hollywood. "Saya bukannya muda lagi dan saya tidak mahu mengulanginya lagi," katanya. Katy, 32, yang muncul menerusi program James Corden, The Late Late Show ditanya mengenai siapakah di antara tiga bekas teman lelakinya iaitu Diplo, Orlando Bloom dan John Mayer yang paling hebat di ranjang. Perry melabelkan ketiga-tiga lelaki itu sebagai 'mengagumkan' namun meletakkan John di tempat pertama sebagai bekas teman lelakinya yang paling hebat. John kini sedang dalam siri konsert jelajah bagi mempromosikan album terbaharunya, The Search for Everything.