suria

T.O.P. Dikecam Pakai Solekan Hadiri Perbicaraan

Penampilan kemas dan tindakan T.O.P. memakai solekan ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah dikecam peminat.

PENYANYI T.O.P. dikritik hebat gara-gara menghadiri perbicaraan kes penyalahgunaan dadah melibatkannya dengan memakai solekan tebal.

Peminat nampaknya tidak hairan dengan permohonan maaf dibuat T.O.P secara terbuka selepas perbicaraan sebaliknya lebih berminat dengan penampilan penyanyi kumpulan Big Bang itu.

Ramai berpendapat pemilik nama sebenar Choi Seung Hyun itu terlalu bergaya walaupun tuduhan yang dikenakan ke atasnya berat.

Bukan sahaja solekan dikenakan T.O.P. menjadi perhatian malah sut hitam jenama mewah dan gaya rambutnya yang kemas menjadi pertikaian peminat.

T.O.P turut bertemu dengan media untuk mengakui kesalahannya selepas prosiding selesai.

"Dalam kekecohan ini dia masih sempat mengenakan pembayang mata dan apa yang difikirkannya untuk memakai solekan?

"Lihat matanya yang ada pembayang mata, adakah T.O.P. hendak pergi menjalani penggambaran," tulis netizen.

Terdahulu, T.O.P mengaku salah terhadap semua pertuduhan menyalahgunakan dadah jenis marijuana dan diletakkan dibawah pemerhatian pihak berkuasa selama dua tahun.

Sekiranya dia gagal mematuhi perintah itu, dia akan dikenakan hukuman penjara selama 10 bulan.

T.O.P., Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Lain