HASRAT kumpulan Blackpink untuk bertemu penyokong mereka bertukar tragedi apabila salah seorang peminat diserang penyakit sawan. Koreaboo melaporkan ketika kejadian Blackpink baharu sahaja muncul di pentas utama sebelum seorang wanita tiba-tiba rebah dan sawan. Kesemua anggota kumpulan itu terkejut dengan kejadian itu namun berjaya menenangkan diri sebelum meminta hadirin yang lain memberi ruang kepada wanita itu. Blackpink kembali ke pentas untuk meneruskan acara. Blackpink kemudiannya meninggalkan pentas utama untuk meredakan keadaan dan pihak perubatan tampil memberi bantuan kecemasan kepada mangsa. Bagaimanapun Blackpink kembali ke pentas untuk meneruskan acara bertemu peminat selepas keadaan kembali terkawal. Ia adalah majlis bertemu peminat pertama yang diadakan oleh kumpulan itu sejak bergelar artis.