suria

Rihanna Selesa Berkawan Dengan Cara Delevigne

Rihanna (kiri) dan Cara Delevigne.

PENYANYI terkenal Rihanna memberitahu hubungan rapatnya yang terjalin dengan Cara Delevigne berikutan sifat model itu yang mudah bergaul.

Rihanna berkata, beberapa tahun mengenali wanita tersebut menjadikannya selesa untuk bercakap dan meluahkan tentang apa sahaja kepada Cara. Dia juga sering menghabiskan masa terluang untuk bercuti bersama-sama wanita itu.

Seperti dipetik The Sun, dia mengenali Cara dalam sebuah majlis hiburan.

"Kami selalu melakukan hal-hal yang gila. Pertama kali kami bertemu dalam sebuah acara hiburan dan Cara menyapa dengan menepuk punggung saya. Ramai yang menganggap kami hanya teman pesta tapi sebenarnya persahabatan kami lebih dari itu," ujarnya.

Tambah Rihanna, dia tetap akan meluangkan masa untuk menghubungi Cara untuk berborak, biarpun dalam jadual yang padat.

"Kami mempunyai jadual yang padat tapi kami masih ada masa untuk bercakap di telefon.

Rihanna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain