suria

Tak Sanggup Baca Komen, Ed Sheeran Tutup Akaun Twitter

Komen negatif buatkan Ed menutup akaun Twitter.

PENYANYI Ed Sheeran memberitahu bahawa dia terpaksa menutup akaun Twitter gara-gara tidak tahan membaca komen-komen negatif daripada netizen.

Menerusi laporan Daily Mirror, Ed Sheeran, 26, berkata, ramai pengguna aktif laman sosial menjadikan Twitter sebagai tempat untuk menulis perkataan-perkataan yang tidak elok.

"Pada mulanya saya buat akaun Twitter untuk berkomunikasi dengan peminat tapi lama-kelamaan saya perasan laman sosial itu dah menjadi tempat mereka menulis perkataan yang negatif.

"Satu komen yang negatif boleh memusnahkan hari anda. Sebab itu saya ambil keputusan untuk tutup akaun Twitter," kata Ed Sheeran.

Selain Ed Sheeran, penyanyi Adele juga pernah menutup akuan Twitter untuk sementara pada November 2012 selepas menerima banyak ugutan bunuh terhadap dia juga bayinya.

Ed Sheeran

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan