SALAH seorang ahli Super Junior iaitu Donghae sudah menamatkan latihan tentera di balai polis Seoul Metropolitan pada 14 Julai lalu. Pada hari tersebut, ramai peminat Donghae menunggu kepulangan selebriti kesayangan mereka di hadapan balai. Menerusi laman Instagram, Donghae memuat naik foto dengan menulis kapsyen mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sanggup datang dan menunggunya. 사랑하는 ELF들 몇일부터 폭염 가운데 서울청 앞에서 기다려주신다는 소식을 접하고 걱정에 짐을 못잤습니다. 건강에 무리가 가지 않을까? 식사는 챙겨드실까 걱정했습니다. 또 해외에서도 많은 분들이 와주셔서 감동의 기쁨의 연속이엿습니다. 앞으로는 외롭게 하지 않을테니 우리 좋은 시간 많이 만들어요.1년9개월동안 기다려주셔서 감사합니다. 다음주 팬미팅에서 만나요 ^^ 그리고 슈퍼주니어 앨범으로 인사드릴겠습니다! 지금도 벅차오르고 미안한 마음뿐입니다 ! 밤샘했으니 오늘 푹자요 ^^ 좋은꿈꿔요 사랑합니다. 진심으로 감사하고 사랑합니다. -수경 이동해- A post shared by H a R u (@leedonghae) on Jul 13, 2017 at 6:06pm PDT "Saya tidak boleh tidur selepas mendengar ada peminat yang sanggup menunggu saya beberapa hari depan balai Seoul Metropilitan dalam keadaan panas. "Sudah semestinya saya risau dengan kesihatan mereka dan bimbang kamu semua tidak dapat makan dengan baik ketika itu," tulis Donghae. Donghae berkata dia sangat terharu melihat peminat yang datang dari jauh ke Korea semata-mata untuk bertemu dengannya. "Mulai sekarang, saya akan bersama anda semua setiap masa," katanya. Penyanyi tersebut akan mengadakan majlis bertemu peminat pada minggu hadapan bersama ahli kumpulannya, Eunhyuk yang juga baru tamat latihan tentera pada 12 Julai.