KASIHAN dengan penyanyi Soo Young, dia hampir tidak dapat menyertai kumpulannya SNSD ke Osaka, Jepun ekoran pasportnya tertinggal. Lebih parah dia hanya menyedari pasportnya tiada dalam simpanannya ketika ingin melepasi pintu memasuki ruang pelepasan ketika berada di Lapangan Terbang Gimpo, Seoul baru-baru ini. Jurugambar yang berada di lapangan terbang sempat merakamkan aksi gelabah Soo Young yang cuba mencari pasportnya namun gagal menemuinya. Rupa-rupanya dia bukan sahaja tertinggal pasport malah tiket penerbangannya juga tiada ada dalam simpanannya. Tindakan pantas pembantunya pulang mengambil dokumen penting itu di rumah menyelamatkan Soo Young daripada ditinggalkan oleh rakan-rakannya yang lain. SNSD berada di Osaka bagi menghadiri konsert SM Town Live world Tour V. Sementara itu, Soo young sempat memuat naik gambar pasportnya di Instagram dan memberitahu akan lebih berhati-hati selepas ini. - Koreaboo