suria

“Hanya Sentuh Bibir, Bukan Cium” - Yoo Seung Ho

Ramai memuji keserasian kedua pelakon ini menerusi drama Ruler Of The Mask

HEBOH industri hiburan Korea Selatan apabila pelakon Yoo Seung Ho dikatakan mencium aktres Kim So Hyun dengan penuh ghairah menerusi drama Ruler Of The Mask.

Ini kerana pasangan Yoo Seung Hoo tersebut masih muda dan baru berusia 19 tahun.

Seperti yang dilaporkan Koreaboo, walaupun ini bukan pertama kali Kim So Hyun melakukan adegan ciuman, masyarakat tempatan melihat adegan pada kali ini dilakukan dengan penuh perasaan dan ghairah.

Berikutan itu, Yoo Seung Ho tampil memberi penjelasan bahawa babak ciuman yang dilakukan itu tidak seperti apa yang dibayangkan peminat.

Yoo Seung Ho mengakui sudut yang diambil jurukamera menampakkan dia dan Kim So Hyun seperti benar-benar bercium.

"Sebenarnya pengarah memintaku menarik pinggangnya agar babaknya jadi lebih menarik. Benar, ramai yang bertanya adakah ciuman itu benar-benar dibuat?

"Sebenarnya kami tidak bercium pun dan hanya bersentuhan bibir sahaja. Tapi aku fikir pengambilan sudutnya bagus sehingga ciuman kami nampak seperti betul," ujarnya.

Ditanya adakah keserasian yang ditunjukkan menerusi drama itu boleh berlaku dalam kehidupan realiti, pantas jawab Yoo Seung Ho;

"Ia seolah-olah seperti aku sedang melakukan satu jenayah. Cukuplah hanya di dalam drama," katanya.

Yoo Seung Ho

Artikel Lain