suria

Blac Chyna Hidup Mewah Selepas Berpisah

Blac Chyna akui mula berdikari sejak usianya masih remaja lagi.

SETELAH hubungannya dengan Rob Kardashian berakhir, Blac Chyna perlu meneruskan kehidupan dan harus kembali bekerja.

Mengakui tidak lagi menerima perbelanjaan bulanan, ibu kepada dua anak itu juga telah mengembalikan kesemua barang-barang mewah yang pernah diberi oleh Rob.

Pun begitu, Blac tidak melihat perkara itu satu masalah dalam kehidupannya.

Malah bekas tunang Tyga ini dikatakan telah membeli sebuah kereta mewah dari jenama Ferrari yang diketahui mahal.

Persoalannya, dari mana Blac memperolehi kewangan? Yalah kan, dia hanyalah seorang deejay di kelab malam.

Penampilan Blac dengan dress polkadot di Project Club, Los Angeles mencuri tumpuan.

Seperti penampilannya di Project Club, sebuah kelab malam yang terletak di Los Angeles. Blac yang pada ketika itu tampil 'panas' dengan pakaian bertema polkadot dikatakan menerima bayaran sebanyak US$15 ribu atau sekitar RM64 ribu hanya untuk satu jam persembahan. Satu bayaran yang agak tinggi!

Dilaporkan juga bahawa Blac pernah meminta bayaran tersebut sebelum dia memulakan pekerjaannya itu.

Dalam satu temubual, Blac mengaku sudah terbiasa bekerja sejak usianya masih remaja.

"Aku cari duit sendiri dan aku sudah terbiasa dengan perkara itu di mana pekerjaan pertamaku di McDonalds pada usiaku masih 15 tahun," katanya seperti yang dilapor TMZ.

Blac Chyna

Artikel Lain