suria

Hubungan Choi Jong Hun, Son Yeon Jae Sudah Berakhir

Selepas tiga bulan menjalin hubungan akhirnya pasangan ini berpisah.

KURANG dari dua bulan selepas mengesahkan hubungan cinta, ahli kumpulan FTISLAND iaitu Choi Jong Hun dan ahli gimnastik berirama Son Yeon Jae akhirnya berpisah. 

Wakil agensi mereka memberitahu hubungan pasangan ini putus selepas Son Yeon Jae berasa tertekan selepas berita mengenai kisah cinta mereka menjadi bualan umum.

"Mereka baru sahaja putus cinta. Nampaknya Son Yeon Jae rasa terbeban selepas berita hubungan mereka tersebar luas," kata wakil agensi.

Choi Jong Hun memberitahu berita tersebut ketika sesi ramah mesra bersama peminat di Jepun baru-baru ini.

"Saya ingin beritahu kepada peminat bahawa Son Yeo Jae sangat tertekan. Namun, perkara biasa bagi lelaki dan wanita bercinta dan berpisah.

"Saya akan menjadi lebih matang selepas ini," kata Choi Jong Hun menerusi soompi.com. 

Choi Jong Hun dan Son Yeon Jae menjalin hubungan cinta sudah tiga bulan sejak pada 14 Jun lalu.

Choi Jong Hun, Son Yeon Jae

Artikel Berikut

Artikel Lain